Tuesday 1 April 2014

                                      Attack On Titan (AOT)




 Salam sejahtera....aku rasa ramai penggemar anime dah tau pasal anime Attack on Titan yang diklasifikasikan oleh penulis dan reviewer anime dari jepun sebagai anime yang hanya keluar sekali dalam seratus tahun. Asal nya anime nie hanya dibuat dari episod 1 hingga 25 tetapi disebabkan permintaan ramai bukan sahaja dari Jepun malah seluruh dunia inginkan francais anime ini diteruskan. Maka dngr khabarnya akan diteruskan tetapi bila nak kuar aku pon x pasti..

Okey sesape yang tak tau pasal anime nie...meh aku bagitau sikit dngn sambil lewanya...AOT atau Shigenki no Kyojin adalah animasi yang diadaptasikan dari manga Hajime Isayama. Watak utama siri ini Eren Jeager dan adik angkatnya Mickasa Ackerman dan kawan mereka Armin Arlert. Cerita bermula kononnya, beratus tahun dahulu manusia telah mengurungkan diri mereka di dalam perkampungan yang dilindungi beberapa tembok yang tinggi untuk melindungi diri dari Titan. Titan nie kejenya makan orang je...dorang x makan binatang atau haiwan dan ketinggian dan tubuh saiz badan mereka yang melampau menyebabkan manusia mengurungkan diri mereka disebalik tembok untuk terus hidup.



Tapi mcam pepatah melayu..pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua (*_*)....akhirnya Titan berjaya melepasi tembok selepas beratus tahun nya...manusia mula hidup ketakutan...banyak yng mati beb...cara mati plak tue zalim yang amat...termasuk la mak Eren. Eren, Mickasa dan Armin berjaya melarikan diri.

Disebabkan peristiwa tue, Eren bertekad untuk membunuh sume Titan sbb nak balas dendam mak die. Tp yang paling cool pasal cite nie, senjata yang digunakan oleh manusia untuk membunuh titan iaitu Three Dimensional maneuver Gear....alat nie mmng cool sbb manusia boleh bergerak macam spiderman.

Kesimpulan yang aku boleh bagi, jalan cerita die mmng menarik , korang akan jumpa bnyk watak yang cool mcm mikasa dan captain levi. Pastu korang x boleh nak predict sape akan mati..haha.

So rating aku bagi 5/5. Boleh ditonton seisi keluarga..hahaha..