Tuesday 1 April 2014

                                      Attack On Titan (AOT)




 Salam sejahtera....aku rasa ramai penggemar anime dah tau pasal anime Attack on Titan yang diklasifikasikan oleh penulis dan reviewer anime dari jepun sebagai anime yang hanya keluar sekali dalam seratus tahun. Asal nya anime nie hanya dibuat dari episod 1 hingga 25 tetapi disebabkan permintaan ramai bukan sahaja dari Jepun malah seluruh dunia inginkan francais anime ini diteruskan. Maka dngr khabarnya akan diteruskan tetapi bila nak kuar aku pon x pasti..

Okey sesape yang tak tau pasal anime nie...meh aku bagitau sikit dngn sambil lewanya...AOT atau Shigenki no Kyojin adalah animasi yang diadaptasikan dari manga Hajime Isayama. Watak utama siri ini Eren Jeager dan adik angkatnya Mickasa Ackerman dan kawan mereka Armin Arlert. Cerita bermula kononnya, beratus tahun dahulu manusia telah mengurungkan diri mereka di dalam perkampungan yang dilindungi beberapa tembok yang tinggi untuk melindungi diri dari Titan. Titan nie kejenya makan orang je...dorang x makan binatang atau haiwan dan ketinggian dan tubuh saiz badan mereka yang melampau menyebabkan manusia mengurungkan diri mereka disebalik tembok untuk terus hidup.



Tapi mcam pepatah melayu..pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua (*_*)....akhirnya Titan berjaya melepasi tembok selepas beratus tahun nya...manusia mula hidup ketakutan...banyak yng mati beb...cara mati plak tue zalim yang amat...termasuk la mak Eren. Eren, Mickasa dan Armin berjaya melarikan diri.

Disebabkan peristiwa tue, Eren bertekad untuk membunuh sume Titan sbb nak balas dendam mak die. Tp yang paling cool pasal cite nie, senjata yang digunakan oleh manusia untuk membunuh titan iaitu Three Dimensional maneuver Gear....alat nie mmng cool sbb manusia boleh bergerak macam spiderman.

Kesimpulan yang aku boleh bagi, jalan cerita die mmng menarik , korang akan jumpa bnyk watak yang cool mcm mikasa dan captain levi. Pastu korang x boleh nak predict sape akan mati..haha.

So rating aku bagi 5/5. Boleh ditonton seisi keluarga..hahaha..

Monday 31 March 2014




Jdrama list 

RM15 (480p) / RM49.90 (1080p)


  1. Asuko March! (480p/1080p)
  2. Boys on the Run (480p/1080p)
  3. Detective Conan ( 480p/1080p)
  4. Hanazakari no Kimitachi e Remake (480p/1080p)
  5. Hayami-san to Yobareru Hi (480p/1080p)
  6. Houkago wa Mystery to Tomo ni
  7. IS (480p/1080p)
  8. Juunen Saki mo Kimi ni Koishite (480p/1080p)
  9. Kingyo Club (480p)
  10. Muscle Girl (480p)
  11. Papa Doru! (480p/1080p)
  12. Quartet (480p)
  13. Risou no Musuko (480p/1080p)
  14. Saru Lock (480p/1080p)
  15. Shirato Osamu no Jikenbo
  16. Sprout (480p/1080p)
  17. Suzuki Sensei (480p)
  18. Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete kureta (480p/1080p)
  19. Suugaku Joshi Gakuen
  20. Tokyo Zenryoku Shoujo (480p/1080p)
  21. Kaeru no Oujo-sama (480p)
  22. Call Center no Koibito (480p)
  23. Rokudenashi blues (480p)
  24. Peacemaker (480p)
  25. Teen Court (480p)
  26. Hungry (480p/1080p)
  27. Sugarless (1080p)
  28. Renai Neet`Wasureta koi no Hajimekata
  29. Ikemen De Su Ne (480p/1080p)
  30. Shiori to Shimiko no Kaiki Jikenbo (480p)
  31. Rebound (480p/1080p)
  32. Shima Shima (480p)
  33. Yokai Ningen Bem (480p/1080p)
  34. Kamen Teacher (1080p)
  35. Summer Nude (1080p)
  36. Tokyo Bandwagon (1080p)
  37. 35-sai no Koukousei (1080p)
  38. GTO Remake (1080p)
  39. Pin To Kona (1080p)
  40. Piece (1080p)
  41. Bad Boys J (1080p)
  42. Ando Lloyd -A.I. Knows Love? (1080p)
  43. Beginners (1080p)
  44. My Boss My Heroes (include Malay subtitles)
  45. GTO (1998) (include Malay subtitles)
  46. Hanazakari Kimi No Tachi E (2008)
  47. Kurosagi ( include Malay subtitles)
  48. Liar Game (include Malay subtitles)
  49. Liar Game Season 2 ( include Malay subtitles)
  50. Ouran High School 
  51. Yamada-kun to 7-nin no majo
  52. Clinic on The Sea
  53. Yankee-Kun to Megane Chan

Banyak lagi x larat nak taip je...akan diupdatekan nanti.



GTO REMAKE




Jalan cerita Great Teacher Onizuka (GTO) remake boleh dikatakan menyerupai dalam komik manga GTO lukisan Tohru Fujisawa sebenar kalo compare dngn GTO 1998. tp tak boleh dinafikan yang tahun 1998 punya jalan cerita lagi cool dngn aura pelakon utamanya Onizuka Eikichi (Takashi Sorimachi) ditambahkan lagi dengan keayuan fuyutsuki sensei (Nanako Matsushima). Terbaek.



Walopun begitu, GTO 2012 tidak kurang hebat jugak dan aku boleh katakan yang drama nie sebagai pengubat rindu peminat francais GTO. Akira (GTO 2012), aku boleh katakan die pandai membawa watak dan muka die yang ala2 innocent tp gengster mmng menjadi. Perbezaan 2012 dngn 1998 , watak2 yang diketengahkan lebih meluas, banyak watak2 dalam komik diwujudkan.

So, tak perlu aku ketengahkan jalan cerita...pandai2 la korang google. Aku bg 4/5. 


GTO 1998


dah besar dah budak nie...haha


Selling Japanese Drama DVD

Hi... nama aku Khairi atau korang boleh panggil Key On. Aku bekerja di sebuah kedai DVD di Sungei Wang. Sbb aku minat sangat dngn Entertainment dari  Jepun dan Korea tu la sebab aku terjebak keje dkt sini. So sbb aku bukak blog nie nak memudahkan korang yang ada minat sama mcm aku...yang duduk jauh susah nak jumpa cd ,vcd dan dvd Jepun..boleh la order dngn aku..sambil tue aku review la sket tentang drama Jepun yang aku dah tngk. ONE PIECE Yo.



1. Rich  Man Poor Woman



pic credit to : to kimayzerbeam.tumblr

Sebenarnya aku berbelah bagi nak layan cerita nie sbb aku x suka cite jiwang sngt...ntah macam mana aku boleh terlayan plak...pasang tngk satu keluarga lagi...hmmm.



Drama nie mengisahkan Hyuga Toru (Oguri Shun)..die nie asal nya xde pape pown tp sbb kepala otak die ni geliga macam mark zuckerberg die menjadi usahawan yang kaya raya. Die dilantik menjadi CEO di sebuah syarikat perusahaan IT di usia muda. walopun die nie kaya tp sebenarnya bnyk kelemahan mamat nie. Salah satu kelemahan die nie... mudah lupa ..bukan lupa biasa2 tp yang tahap gaban.. dngn nama pekerja sendiri pown tak ingat.. nama mak die je die ingat.

Disebabkan die nie pelupa yang amat...maka die cari la calon yang mampu untuk mengingati semua urusan-urusan company terutama bila bertemu Board director , client2 atau orang2 kehormat. Tujuan die supaya projek2 yang die rancang mudah diluluskan. Kalo harapkan die mmmng projek x jalan sbb mamat nie pelupa nama orang dicampurkan lagi dengan panas baran. 

Sawaki Chihiro pula seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat....buku teks yang tebal pown boleh dihafal dalam satu malam. Die nie kira baik , rajin dan kuat bekerja cuma nasib x menyebelahi die sbb gagal sume interview untuk kerja yng die apply. So, nak dijadikan cerita die telah dilantik oleh Toru disbb kan daya ingatan die yang luar biasa. 

Sebab aku malas nak review lagi , korang tengok la sendiri. Layan jugak aku bagi 4/5.